Saturday, August 6, 2011

S.A.H.A.B.A.T ! ~ Part III

assalamualaikum.. alhamdulillah kita masih d beri pluang oleh Allah S.W.T utk bernafas lagi pada hari ini..hrp everything will be fine.. but actually sume yg kita hrpkn akan menjdi kenyataan.. umpamanya..cmne aku mengharapkn pershbtan aku dgn zack berkekalan selama2nya..kitorg pernah berjnji walaupn kitorg dh menemui kebahagiaan masing2, kitorg tetap akn kwn smpai akhir hayat..tpi dek kerana ego dlm diri seorg lelaki..hubungan yg baik selama bertahun terputus mcm tu je.. Ko kat mana zack.. honestly aku rindu sgt kat ko.. ko kwn baik aku.. kwn paling baik.. saat org lain memandang hina, saat2 aku rasa down.. ko ada je kat sisi aku.. tpi skrg ni bila aku terluka.. ko tak de.. aku btul2 rasa kehilangan kwn mcm ko.. zack.. ko nk tau tak.. aku kena tipu lagi.. apa yg ko ckp selama ni tentang diri aku mmg btul.. "ko ni sue,lembut hati sgt la. terlalu penyabar. ko tak leh mcm ni sue. aku fhm ko ni mmg bersifat keibuan. tpi simpan sifat ko tu utk suami n anak2 ko.. bkn utk bf ko.. aku tak nk de lelaki pijak2 kepala ko satu hari nnti.. " ... Ko ckp mcm ni kat aku kn...?? smapai skrg aku ingt.. n aku tak tau knpa smpai skrg bila aku teringat kenangan antara aku dgn ko, aku tetap akn menangis... walaupn perkara tu dh berlaku lebih kurang 5 tahun dh.. kwn2 aku sume ckp actually aku ni syg kat ko lebih dari sorg kwn.. apa yg aku tau aku tak dpt nk jwb soklan tu.. utk pertma kali dlm hidup aku.. aku tak dpt jwb soklan tu.. ko nk tau tak.. skrg ni dugaan bertimpa2 dtg kat aku.. baik dari segi kerja mahupn life aku sendiri..  ko pnh ckp.."InsyaAllah sue.. aku rasa aku yakin ko akn murah rezeki bila ko kerja nnti.. ko akn berjaya.. ".. yupp.. ko btul.. alhmdulillah bila aku msuk tmpat keje aku skrg, mmg rezeki melimpah ruah.. pluang yg selama ni d tggu2 oleh org lain dlm syrikat tu, aku yg dpt.. aku happy sgt2 zack.. happy sgt.. tpi aku sgka panas hingga ke ptg.. sumenya tak seindah yg d sgka.. aku d pulau, aku d perli, aku tak dpt bimbingan.. aku kuatkn semangat terus bekerja sbb aku fikir parents aku.. kalau tak mmg dh lama aku quit.. tpi lately aku dh tak berdaya nk bertahan lagi dgn sume tu.. kerja yg selama ni ikhlas aku buat, nawaitu kerana Allah, rupanya aku d aniaya.. kejam sungguh layanan dorg kat aku.. aku tak bole tahan la zack.. ko kat mana.. lau ko ada skrg msti ko byk bgi nsihat,kata2 smgt kat aku.. i need u.. ko tau kn kehidupan aku mcm mna.. masa aku byk d hbskn kat umah.. sape lagi utk aku cari.. tak mgkin mak aku.. dia dh tua.. aku tak nk dia isau dgn apa yg aku alami skrg.. akak aku selalu nasihat aku cari keje lain.. tpi skrg bkn senang nk cari keje lain.. aku tak sgka org yg selama ni baik kat ofis aku, rupanya tikam aku dari blkg..kalau la aku tak kenalkn ko kat kwn aku.. msti kita tak jdi mcm ni kn.. kita tetap bestfren smpai bila2.. i miss you.. walaupun ramai yg kata aku bodoh sebab bertahan kwn dgn lelaki egi yg terlampau mcm ko ni, tpi aku tau d sebalik ego ko tu, ada satu sifat yg org lain tak leh nmpk lau dorg tak mengenali ko..jdi aku bersabar utk terus mengenali ko pd awalnya.. iyer.. aku mengaku, aku mmg byk berkecil hati msa mula2 kita kenal.. ko mmg lelaki ego.. sgt2 ego.. tak pnh nk mengaku kesalahn sendiri.. every time ko buat slh, ko tak pnh nk mtk maaf kat aku.. smpai la saat2 terakhir antara kita, ko tetap tak mintak maaf.. tak pelah zack.. aku kenal ko.. aku tau ko rasa berslh kat aku.. tpi d sbb kn ego ko tak pnh nk ucap kata2 maaf.."aku tak fhm knpa ko leh bertahan dgn aku..selama ni gf aku pn tak pnh ada yg kekal lama..sumenya ckp aku ego tinggi..aku tak pnh nk ngaku kesahalan sendiri.. aku cepat mrh..tpi kenpa ko lain?ko tak rasa bodoh ke kwn dgn aku?ko mmg baik sue..bodoh bf ko sbb tak hrgai ko..ko mmg penyabar.." naahhh..ko sendiri nmpk hasil aku bersabar dgn sikap ego ko tu kn..?? aku mmg mcm ni zack.. aku leh bersabar bertahun2 dgn seseorg.. tpi sekali org tu lukakn hati aku.. seumur hidup aku tak kan leh terima dia lagi.. setiap kata2 kau masih lagi terngiang2 kat telinga aku, setiap saat aku dgn ko dulu, masih lagi bermain2 kat mata aku.. dan setiap kali tu jgk aku akan menangis..mgkin kalau org lain baca sume ni, dorg akn anggap aku mmg sygkn ko lebih dari seorg kwn.. tpi tu mgkin dulu.. skrg hati aku kosong.. betul2 kosong.. saat kwn2 aku skrg bakal menjdi ibu, bakal menjdi isteri dan tunangan org, hati aku tetap masih kosong.. n aku percaya kata2 ko.."ko akn dpt lelaki lebih baik dari aku.. lelaki yg menghargai kesabaran dan kebaikan ko.. aku bkn lelaki yg layak utk ko.."
yupp.. aku hope akn ada lelaki yg mcm ko ckp kn tu.. but ko tetap ko zack.. walau mcm mna ko pn. ko tetap zack yg aku syg dan kenang smpai bila2.. kwn aku smpai akhir hayat...

C.I.N.T.A .. !!


Cinta adalah sesuatu yang indah dan unik anugerah dari Ilahi.  Kita diberi peluang untuk menilainya dan pergunakanlah peluang yang diberi dengan sebaik-baiknya untuk melahirkan satu larian cinta yang indah. Seindah waktu ia diciptakan.
Cinta itu aneh. Sukar untuk ditafsirkan. Datangnya bukan dari paksaan, perginya pula tanpa kerelaan. Cinta itu penuh mesra dengan kasih sayang. Ianya perlu dibelai dengan kelembutan bagi menyerikan lagi keindahannya. Kekasaran boleh mencipta sebuah perpisahan.

Manusia kadang kala lupa, cinta adalah syarat berlangsungnya kehidupan perkahwinan. Malah, tanpa cinta, perkahwinan itu akan mati, ibarat rumah kosong tanpa penghuni.
Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari. Mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti. Mungkin benar bila kita rasakan rindu yang sangat dalam barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti seseorang bagi kita.

Cinta…Jika anda memilikinya, anda tidak memerlukan sesuatu pun yang lain. Dan jika anda tidak memilikinya,apa pun yang lain yang anda miliki tidak banyak bererti.
Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan yang kadang-kadang sukar untuk dimengertikan. Namun percayalah bahawa ketika Dia mengambil sesuatu, telah Dia mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan.

Cinta antara dua jiwa telah dikatakan boleh membakarkan semangat seseorang itu untuk memeliharakan akhlak yang mulia, memperbaiki pergaulan antara manusia dan menjaga adab dan keperibadiaan. Selain daripada itu, ia juga dipercayai dapat menghilangkan kekhuatiran dan ketakutan dalam hati, menjernihkan akal dan menyucikan jiwa kita. Tetapi, cinta juga merupakan ujian, godaan dan cubaan kepada manusia kerana ia merupakan pertarungan dan pertimbangan di antara akal dan rasa.

Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan,mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta,mengapa cinta itu semakin sukar utk dimiliki? Cinta umpama kota kristal, indah di penglihatan , derita di perasaan….

Cinta tidak berupa tatapan satu sama lain, tetapi memandang ke luar bersama ke arah yang sama.